Assalamualaikum...
Tiada apa yang mampu untuk menarik perhatian seorang wanita selain daripada lelaki yang membuatkan mereka berasa istimera. Pasti setiap lelaki mempunyai cara yang tersendiri untuk melakukan perkara ini. Tetapi ada juga beberapa teknik yang berfungsi terhadap kebanyakan wanita untuk membuatkan mereka berasa istimewa. Antaranya adalah .........
( 1 ) Berita bahwa kehadiran mereka amat bermakna terhadap kehidupan anda
- Apabila anda memberitahu mengenai perkara ini secara tidak langsung
akan membuatkan mereka berasa seperti diperlukan dan istimewa. beritahu
perubahan yang telah berlaku didalam kehidupan anda selepas kehadiran
mereka ataupun sebagainya..
( 2 ) Bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan
- Perkara ini adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh pasangan.
Merekan merasakan bahawa apabila melayan pasangan sebagai rakan,
hubungan mereka akan lebih rapat. Ia sebenarnya tidak tepat sama sekali.
Anda perlu bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan. Ini kerana
pasangan anda akan lebih sensitif terhadap setiap perkara yang anda
lakukan. Perbezaan yang anda tunjukkan inilah akan membuatkan mereka
berasa istimewa..
( 3 ) Memberikan mereka perlindungan
- Wanita akan lebih tertarik terhadap lelaki yang mampu untuk
membuatkan mereka berasa selesa dan dilindungi. Pasti perlindungan yang
anda berikan akan membuatkan mereka berasa lebih istimewa.
( 4 ) Hormati pendapat mereka
- Buatkan mereka merasakan bahawa anda menghargai kewujudan mereka
didalam kehidupan anda. Hormati pendapat mereka, dan ia akan membuatkan
mereka akan berasa lebih istimewa..
( 5) Meminta maaf -
Sememangnya seorang lelaki akan lebih sukar utuk meminta maaf. Ia
mungkin disebabkan oleh keegoan mereka. Sekiranya anda telah melakukan
kesalahan, jangan terlalu sukar untuk meminta maaf. Ketepikan ego anda
dan pasti ia akan membuatkan mereka berasa istimewa..
( 6 ) Penghargaan -
Tunjukkan perghargaan anda terhadap apa yang telah mereka cuba usahakan
didalam hubungan. Penghargaan yang ditunjukkan akan membuatkan mereka
rasa dihargai dan juga istimewa..
No comments:
Post a Comment