Friday 8 March 2013

Diri Aku Sendiri

                

                                                                ASSALAMUALAIKUM
                                                                     (black mentor)

Hye pembaca setia blog Maryam taksangka walaupun jarang update blog coz busy sangat kalau hari sekolah.. Harap maklum busy daripada Dato'Siti Nur Haliza amboi aku ni lebih-lebih kalau bercakap boleh dikatakan budak spoting aku rasa smakin umur aku meningkat smakin hari aku busy asyik duk lam bilik dah boleh nak jadi gila dengan kerja skolah ...

Aku tengok sekarang kat sekolah banyak masalah sosial di kalangan remaja terutama perempuan yang berCouple mudah sangat diperbodohkan oleh lelaki..Kau kaum hawa bukan tau sangat prangai mendalam pakwe kau tu.. 

Aku bukan kate kat korang je aku pun same jugak aku pon pernah jugak couple gile manusia tak pernah couple and lelaki memang aku tak percaya sangat-sangat... ;3 Aku couple tak pernah date pon aku hanya mesej and call je tak lebih pun..Disebabkan lelaki dah banyak mainkan aku ade 20 orang dah putus asa dah main dengan couple-couple baik aku belajar dulu bukan penting pon bergewang..

Pakwe aku nama dia Iwan aku dah couple dengan dia 2tahun dah siap main pos-pos surat lagi takpercaya sudah dalam bilik aku penuh dalam satu kotak kunci dengan surat cinta monyet aku ade dekat nak 42 surat cinta aku kira nak bakar pun sayang simpan je buad kenangan erk..

Lagi pon aku masih sekarang couple dengan dia tapi aku terfikir panjang coz dia hisap rokok aku taknak lelaki hisap rokok tidak baik untuk kesihatan..

Aku tak akan mudah pilih lelaki yg prangai buruk , bukan mudah nak couple dengan aku tau ! ! dan aku jugak tak akan pilih orang tu yg solat tidak cukup 5waktu dalam satu hari aku takpenting pon pandai kah kaya kah handsome kah yang penting yang aku nak cukup lengkap

Friday 1 March 2013

♥ Bila Kata-Kata " I LOVE YOU " Sesuai Diluahkan ??

                   

                                                                
.Assalamualaikum !
                                                     Peacee Yo(!) ^_^v




 Sering tiga perkataan penuh mendalam ini diluahkan kala bibit cinta memenuhi suasana namun kadang kala kata-kata cinta itu sudah jemu didengari akibat terlalu kerap diluahkan! Jadi, bila masa yang sesuai untuk membisikkan kata ‘I Love You’ agar ia bukan sekadar perkataan biasa?

Jom teliti dan hayati setiap point yang diberi ! :P 

Si dia menjagamu ketika sakit

Melihat keadaanmu yang tidak bermaya, si dia kerap bertanyakan khabarmu dan memasakkan hidangan yang mampu memberikan kelegaan. Atau si dia sanggup berjaga di sisi untuk memastikan anda ‘okay’, ini adalah saat terbaik untuk meluahkan, “Sayang, terima kasih. I love you,”.

♥ Meminta pendapat dan nasihat darimu

Membuat keputusan seperti memilih kereta untuk dimiliki, mengenalpasti lokasi untuk membeli rumah atau perihal kerjaya untuk diterajui adalah antara keputusan paling penting dalam hidup. Jika si dia bertanyakan hal ini kepada anda, ini menandakan anda sangat dicintai.

♥ Si dia menghargaimu

Kehadiranmu dalam hidupnya membuatkan si dia berasa bangga dan tidak malu untuk menceritakan tentang kebaikan dan kejayaanmu kepada anggota keluarga dan rakan-rakannya tanpa rasa ragu-ragu. Keadaan ini membuktikan si dia amat menghargai hubungan bersamamu.

♥ Anda dilayan dengan begitu istimewa

Pergaduhan baru sahaja melanda dan anda mula merajuk. Selang beberapa ketika, si dia muncul di hadapan pintu dengan membawa makanan kegemaranmu. Atau si kekasih membelikanmu sekuntum bunga kala ‘date’ mahupun sempena ulangtahun hubungan anda bersamanya, ini masanya untuk anda luahkan perkataan magis itu.

♥ Si dia sentiasa gembira kala anda bersamanya

Kegembiraan yang sering terpancar pada wajahnya termasuk ekspresinya yang tersenyum, tertawa dan ‘mood’ yang baik jelas menunjukkan si dia selesa dan menghargai kehadiranmu dalam hidupnya. Petanda lebih baik, jika si dia lebih gemar berdamping denganmu berbanding rakan-rakannya.