Friday 30 November 2012







Thursday 29 November 2012

Cara Rasulullah S.A.W. Mengelak Dan Menyembuhkan

.Assalamualaikum !
                                                     Peacee Yo(!) ^_^v

                          PANDUAN 


Ini hanyalah sekadar panduan untuk anda semua :)


♥ PENYEBAB ROSAKNYA BADAN 
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan iaitu perasaan runsing,gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)

♥ MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah-buahan (dedaun).

♥ MENGGELAPKAN PANDANGAN
Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpaalas(berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam),banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

♥ PENYEBAB WAJAH PUSAM (TIDAK BERSERI)
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilangcahaya)iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya (bertanya bukan kerana ingin tahu) dan banyak berbuat dosa.

♥ PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah , jujur , dermawan , membaca qur'an, sentiasa dalam wudhuk dan takwa . PERASAAN BENCI perkara yang menyebabkan kita dibenci iaitu perasaan sombong , dengki , berdusta dan suka mengadu domba.

♥ PERKARA YANG MENDATANGKAN REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak beristighfar di waktu sahur (sebelum masuk waktu subuh),! membaca surah Al-Waaqi'ah sebelum tidur, Solat sunat Dhuha, bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.

♥ PERKARA YANG MENYEKAT REZEKI
Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi (selepas subuh), sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

♥ LUPA DAN LEMBAB
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam , tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.

♥ KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati , sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.


Petikan dari buku Cara Rasulullah SAW mengelak dan menyembuhkan penyakit .
(Disusun Oleh : Imam Ibnu Qaiyim) 

Bagaimana Untuk Sentiasa Bersemangat ?

                                           
                                                                 ,Assalamualaikum. !

                                                      
Ni Alien ke hape ?? HAHA .
Tak lahh . Ini lah muka orang yang tak bersemangat ! HUHU .

 Anda selalu hidup dalam keadaan sugul , monyok , tak bersemangat ? Mari sini ! Maryam kongsikan sedikit tips untuk kita sentiasa dalam keadaan yang bersemangat !

Kalau nak dikatakan , dalam dunia ni semua manusia pasti ada masalahnya tersendiri . Tak ada lah orang yang tak pernah ada masalah seumur hidup mereka . Kan ? Untuk menjadikan diri kita ni lebih bersemangat , janganlah kita pandang kepada masalah-masalah yang kita lalui . 

Korang mesti akan merasa 'down' dengan tak semena-mena !
Jadi , pandanglah kepada penyelesaian masalah . Macam mana caranya ?
Haaa . Korang tanya diri korang , " Macam mana nak selesaikan masalah aku ni??"

Dengan cara menanyakan apa masalah yang kita hadapi , sedikit sebanyak akan membuatkan minda korang tu bekerja keras untuk memberikan idea-idea bagi menyelesaikan masalah2 tersebut !

Macam-macam idea , ilham dan saranan  akan terkeluorr lepas tu .  Korang kena tenang , cool , dan calm down seboleh2nya..

Idea-idea tersebut boleh koang gunakan untuk menyelesaikan masalah korang waktu tu ..

Ingat !! 

Elak memikir masalah.
Elak mengomen masalah.
Elak merasa sakit hati sebab dilanda masalah.

*Tapi tumpukan fikiran 100% sepenuhnya kepada penyelesaian masalah. Kita akan lebih bersemangat nanti !

Keajaiban akan berlaku selepas itu. #TrustMe :)

Tips :8 Cara Pemakaian Tudung

Gadis Kidal Berceloteh..                                                                 

                                                                    .Assalamualaikum.

                                                                        Haii . Selamat Malam !
                                              Malam Yang Indah Sesuai Untuk Meng-hapdett Entry Kan ? hehe .               

                                          Ok, now ,malam ni , Maryam nak hapdett pasal tips Pemakaian Tudung !
                                                      Mesti Ramai Yang Suka Tips-Tips begini kan ?
                                                         Kalau suka pun . . "Ada aku kesahh ?" haha .       
                                                       Oke , pada siapa yang suka .Baca dengan teliti ye :)

  1. Jangan pulak korang pakai tudung yang jarang , nipis yang boleh menampakkan susuk leher dan dada korang tu ye . Tetapi , kalau korang nak pakai jugak tudung yang jarang sebab dah beli mahal berbillion kan ,  korang digalakkan memakai baju legan panjang . ( turtle neck ) yang menutupi leher . Itu adalah salah satu yang paling bagus :)
  2. Make sure korang memakai anak tudung supaya anak rambut korang yang kecil-kecil comel tuh tak nampak . Ianya juga memberi  gaya yang lebih kemas, rapi dan menutup cacat celanya pemakaian tudung :) Kemass . . Nampak lebih bergaya . . Ecehhh ^_^
      3. Pemakaian tudung yang pelbagai gaya dan corak juga amat membantu korang tampil berlainan dan            kelihatan lebih menarik . Gaya tudung di tempat kerja tidak perlu terlalu menonjolkan rekaan corak  
          atau bunga yang melampau-lampau ye. Isk2 . . sakit mata memandang ok . hehe.

Ini lah contoh-contoh yang Maryam katakan takdi... :) berubah lah anda jangan lah jangan lah memakai seksi semata-mata untuk lelaki melihat dirimu yang begitu seksi...
      

Tuesday 27 November 2012

Sakit Nak Cantik ... (Kanta lekap, risiko jangkitan dan kebutaan)

                                                                 

                                                                        Assamualaikum....

Dimulakan dengan bismillah, di sudahi dengan alhamdulillah.. Eh macam penyanyi nasyid lah pulak, cehh "hang nak bajet jadi retiss ker Maryam?" .. So what? den punya suka lah nak nyanyi pown, ini blog kan den  yang punya ! Hahaha (gelak mak jemah) Entry ni dibuat untuk sedari diri kanak-kanak remaja skrgg malah kanak-kanak (ribena) hahaha .... Okay skrgg tak nak cakap banyak dah popek-popek...



   Nampak tak gambar di atas ? ni entry Maryam hari ni nak ceritakan kanak-kanak remaja sekarang malah adik-adik kecil pun turut memakai kanta lekap.. Benda ini boleh membuatkan rosak mata kita sendiri yang di cipta oleh allah tapi takada masalah kalau nak asal kena jaga baik-baik macam jaga BF/GF hehehe....

  Kanta lekap ada yg mahal manakala ada yang murah hah yang murah tu lah membuatkan mata rosak adik-adik Maryam tak halang pon adik-adik akak ni nak pakai kanta lekap..Benda ni sekurang-kurangnya kalau beli nak pakai hanya 8jam je tak boleh lebih nanti rosak mata adik-adik malah buat tidur malam dengan kanta lekap ni pon takboleh tidak baik untuk mata kite...

 Kanta lekap digunakan terutamanya untuk menggantikan cermin mata bagi memperbaiki kecacatan tetapi ia mungkin juga digunakan untuk perlindungan dalam beberapa jenis penyakit kornea.

Optometris, Menara Optometry Centre, Salhanizatul Shahreen Salman berkata, ada sejumlah penyakit yang menyerang si pemakai . Bahkan ada yang mengalami kebutaan disebabkan oleh infeksi tersebut,katanya.

Gangguan kesihatan mata yang sering terjadi adalah iritasi (kegatalan) disebabkan oleh jangkitan mata anda...


                                       

Monday 26 November 2012

Wednesday 21 November 2012

Kisah Nabi Muhammad dan kucing peliharaannya

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Setiap Nabi akan menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling nabi sukai ialah, Mueeza selalu mengeong ketika mendengar azan seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti laungan azan. Nabi juga berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyayangi keluarga sendiri.

Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri  Mueeza dari jubahnya. ketika Nabi kembali ke rumah, Mueeza terbangun dan merunduk  kepada majikkannya. sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan munggil kucing itu.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangatlah berat, dalam sebuah hadist shahih Al bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.



Beberapa diantara orang terdekat nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti abubakar shiddiq, isteri nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Abdur Rahman bin Sakhr al Azdi. diberi julukan Abu huruyrah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara  pelbagai kucing jantan dirumahnya.”
 Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.”Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.


Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minum). Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.


Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

 Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.


Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut.Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.

 Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].


Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain. Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.

 Erm, demikian kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih sayangnya Rasulullah terhadap haiwan.

Friday 2 November 2012

Hello , my name is MarYam NabiEla Bt Lotfan but you can me MarYam for short.I'm 13 years old on this 23 november , weheee :3 haha , i'm stay at Padang Golf Kelantan and study at SMK Pengkalan Chepa 2 . That's all about me , enjoy reading my story and don't forget to be my follower.Thank You.. :)