.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v
Sering
tiga perkataan penuh mendalam ini diluahkan kala bibit cinta memenuhi
suasana namun kadang kala kata-kata cinta itu sudah jemu didengari
akibat terlalu kerap diluahkan! Jadi, bila masa yang sesuai untuk membisikkan kata ‘I Love You’ agar ia bukan sekadar perkataan biasa?
Jom teliti dan hayati setiap point yang diberi ! :P
♥ Si dia menjagamu ketika sakit
Melihat
keadaanmu yang tidak bermaya, si dia kerap bertanyakan khabarmu dan
memasakkan hidangan yang mampu memberikan kelegaan. Atau si dia sanggup
berjaga di sisi untuk memastikan anda ‘okay’, ini adalah saat terbaik
untuk meluahkan, “Sayang, terima kasih. I love you,”.
♥ Meminta pendapat dan nasihat darimu
Membuat
keputusan seperti memilih kereta untuk dimiliki, mengenalpasti lokasi
untuk membeli rumah atau perihal kerjaya untuk diterajui adalah antara
keputusan paling penting dalam hidup. Jika si dia bertanyakan hal ini
kepada anda, ini menandakan anda sangat dicintai.
♥ Si dia menghargaimu
Kehadiranmu
dalam hidupnya membuatkan si dia berasa bangga dan tidak malu untuk
menceritakan tentang kebaikan dan kejayaanmu kepada anggota keluarga
dan rakan-rakannya tanpa rasa ragu-ragu. Keadaan ini membuktikan si dia
amat menghargai hubungan bersamamu.
♥ Anda dilayan dengan begitu istimewa
Pergaduhan
baru sahaja melanda dan anda mula merajuk. Selang beberapa ketika, si
dia muncul di hadapan pintu dengan membawa makanan kegemaranmu. Atau si
kekasih membelikanmu sekuntum bunga kala ‘date’ mahupun sempena
ulangtahun hubungan anda bersamanya, ini masanya untuk anda luahkan
perkataan magis itu.
♥ Si dia sentiasa gembira kala anda bersamanya
Kegembiraan
yang sering terpancar pada wajahnya termasuk ekspresinya yang
tersenyum, tertawa dan ‘mood’ yang baik jelas menunjukkan si dia selesa
dan menghargai kehadiranmu dalam hidupnya. Petanda lebih baik, jika si
dia lebih gemar berdamping denganmu berbanding rakan-rakannya.
No comments:
Post a Comment