.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^vPANDUAN
Ini hanyalah sekadar panduan untuk anda semua :)
♥ PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan iaitu perasaan runsing,gelisah,lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan qiyamullail)
♥ MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara
yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat
pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang
disayangi dan melihat buah-buahan (dedaun).
♥ MENGGELAPKAN PANDANGAN
Perkara
yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpaalas(berkaki
ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam),banyak menangis
dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.
♥ PENYEBAB WAJAH PUSAM (TIDAK BERSERI)
Perkara
yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilangcahaya)iaitu
berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya (bertanya bukan
kerana ingin tahu) dan banyak berbuat dosa.
♥ PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara
yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah , jujur ,
dermawan , membaca qur'an, sentiasa dalam wudhuk dan takwa . PERASAAN
BENCI perkara yang menyebabkan kita dibenci iaitu perasaan sombong ,
dengki , berdusta dan suka mengadu domba.
♥ PERKARA YANG MENDATANGKAN REZEKI
Perkara
yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di
waktu malam selepas tidur), banyak beristighfar di waktu sahur
(sebelum masuk waktu subuh),! membaca surah Al-Waaqi'ah sebelum tidur,
Solat sunat Dhuha, bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.
♥ PERKARA YANG MENYEKAT REZEKI
Perkara
yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi (selepas
subuh), sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.
♥ LUPA DAN LEMBAB
Perkara
yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa
makan buah yang masam , tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih
dan fikiran runsing.
♥ KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara
yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu
kegembiraan hati , sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan
dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan
yang memberatkan badan.
Petikan dari buku Cara Rasulullah SAW mengelak dan menyembuhkan penyakit .
(Disusun Oleh : Imam Ibnu Qaiyim)
No comments:
Post a Comment