Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Setiap Nabi akan menerima tamu di rumah, baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang paling nabi sukai ialah, Mueeza selalu mengeong ketika mendengar azan seolah-olah ngiaunya seperti mengikuti laungan azan. Nabi juga berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyayangi keluarga sendiri.
Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. ketika Nabi kembali ke rumah, Mueeza terbangun dan merunduk kepada majikkannya. sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan munggil kucing itu.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangatlah berat,
dalam sebuah hadist shahih Al bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita
yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas
kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahwa
hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Beberapa diantara orang terdekat nabi juga memelihara kucing. Aisyah
binti abubakar shiddiq, isteri nabi amat menyayangi kucing, dan merasa
amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Abdur Rahman bin
Sakhr al Azdi. diberi julukan Abu huruyrah (bapak para kucing jantan),
kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara pelbagai kucing jantan
dirumahnya.”
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa
Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Bathhan suatu daerah di
Madinah.Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke
dalam bejana.”Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi
menuju bejana.
Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana (bekas minum).
Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu
berwudhu.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas,
kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu,
bahkan tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang
menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun,
ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia
memberikan isyarat untuk menaruhnya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa pada
buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur
tersebut.Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra.
lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.
Rasulullah SAW bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang
berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa
jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan
Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan imam hadis yang lain.
Oleh karena itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas
dari sisa makanannya suci.
Erm, demikian kisah tentang kucing Nabi Muhammad SAW Mueeza. Semoga
dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih
sayangnya Rasulullah terhadap haiwan.
No comments:
Post a Comment